Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Sabtu, 14 Julai 2018

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 Kajian Guna Tanah

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 Kajian Guna Tanah. Anda calon Tingkatan Tiga tahun 2018? Panduan buat calon yang perlu menyiapkan tugasan kerja kursus PT3 tahun 2018. Seperti mana dalam pentaksiran peperiksaan, pelajar perlu membuat satu kajian di sesuatu tempat kawasan calon untuk tugasan kerja kursus Geografi. Untuk makluman berdasarkan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, tajuk tugasan yang diberikan adalah 'Kajian guna tanah di kawasan kajian anda'. Pelajar perlu menyiapkan tugasan ini bermula dari 8 Julai sehingga 27 Julai 2018.

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 Kajian Guna Tanah

Untuk pengetahuan, objektif kajian ialah apa yang hendak kita capai melalui kajian yang kita lakukan. Ianya merupakan satu perkara yang penting dalam sesuatu projek dan haruslah menjawab persoalan kajian yang telah dijalankan.

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 Kajian Guna Tanah


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh objektif kajian Geografi PT3 2018 yang boleh dijadikan panduan buat calon :

Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 2018


○ 2018 : Kajian guna tanah di kawasan kajian anda
○ 2017 : Kajian Peta
○ 2016 : Kajian Kes Tentang Pengangkutan Di Tempat Tinggal/ Sekolah Anda

Berikut adalah aspek-aspek kajian tugasan Geografi PT3 2018 yang perlu dilaksanakan oleh calon :

1. Tajuk Kajian
2. Nama Penulis
3. Isi Kandungan
4. Rumusan
5. Sumber Rujukan
6. Membentangkan Laporan Hasil Kajian

Objektif Kajian Geografi PT3 2018


Berikut adalah contoh Objektif Kajian Geografi PT3 2018 buat rujukan pelajar untuk menghasilkan tugasan kerja kursus ini.

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan melalui beberapa aspek seperti berikut :

1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang belakang ciri fizikal dan budaya di kawasan kajian.

2. Melakar sebuah peta lakar berasaskan peta topografi dengan lengkap dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.

3. Mendapatkan maklumat berasaskan lorekan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan faktor-faktor potensinya.

Nota : Objektif kajian di atas adalah contoh tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2017.

● Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah
● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar 
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018 

Semoga perkongsian tentang Contoh Objektif Kajian Geografi PT3 2018 ini dapat dijadikan rujukan buat calon PT3. Selamat menyiapkan tugasan kerja kursus dengan jayanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan