Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Ahad, 15 Julai 2018

Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah

Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah. Bagaimana cara karang Rumusan Geografi PT3? Panduan buat calon PT3 yang sedang menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018. Tajuk kajian Geografi PT3 2018 yang diberikan adalah Kajian guna tanah di kawasan kajian anda. Berikut adalah contoh rumusan Geografi PT3 kajian guna tanah.

Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah

Untuk pengetahuan, rumusan merupakan satu skop untuk merumuskan kesimpulan secara ringkas mengenai kajian yang telah dijalankan. Rumusan merupakan antara aspek penting yang wajib ada untuk setiap laporan kajian.

Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh rumusan Geografi PT3 tahun 2018 berkaitan kajian guna tanah di kawasan anda atau sekolah :

Kajian yang telah saya jalankan di .................. (kawasan kajian) telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna kepada saya. Kajian ini telah membolehkan saya mengenalpasti jenis guna tanah di ..................

Selain itu, saya dapat mengenali lebih mendalam mengenai definisi dan maksud guna tanah. Melalui kajian yang dijalankan saya dapat mengetahui faktor yang menpengaruhi guna tanah di .............. (kawasan kajian).

Disamping itu, saya juga mengenalpasti dan mengetahui kesan-kesan guna tanah terhadap alam sekitar iaitu di .................. (kawasan kajian).

Hasil kajian yang telah dilakukan, saya dapat memberi cadangan atau usaha yang boleh mengatasi kesan guna tanah di ................ untuk masa depan.

Secara kesimpulannnya, marilah kita bersama-sama penduduk di sekitar ................ menjalankan dan menjaga aktiviti guna tanah dengan sebaik mungkin agar kehidupan flora dan fauna tidak terjejas dan diancam kepupusan pada masa akan datang.

● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar 
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018 

Semoga perkongsian tentang Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah dapat dijadikan rujukan buat semua calon PT3. Selamat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi dengan jayanya.

3 ulasan:

  1. Terima kasih diucapkan kepada tuan yang share maklumat ini. Semoga mendapat gajaran terbaik dari Allah swt nanti.

    BalasPadam