Selasa, 17 Julai 2018

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018. Panduan buat calon Tingkatan 3 yang sedang menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2018. Menurut jadual peperiksaan PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon PT3 perlu menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 bermula daripada 8 Julai hingga selewat-lewatnya pada 27 Julai 2018. Berikut adalah contoh jadual kerja Geografi PT3 2018 buat panduan pelajar untuk menghasilkan Folio Geografi PT3 yang lengkap.

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018

Untuk pengetahuan, perancangan kerja adalah satu aktiviti penulisan yang dihasilkan berpandukan tugasan yang ingin dijalankan. Antara aspek penting dalam jadual senarai semak kerja adalah seperti kerangka kasar, objektif kajian, kaedah kajian, rumusan dan lain-lain. Terdapat kepentingan rancangan kerja iaitu antaranya adalah untuk mencapai dan menepati set objektif atau matlamat yang telah ditetapkan. 


Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Contoh Jadual Kerja Kursus Geografi PT3 2018 buat rujukan pelajar :

Contoh 1 Jadual Kerja Tugasan Geografi PT3


HARI 1
- Menerima taklimat daripada guru berkaitan dengan tajuk tugasan panduan rubrik pelaksanaan kajian

- Tajuk: Guna tanah dikawasan kajian
- Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan

HARI 2
- Membuat perbincangan dengan guru/ rakan sekelas berkaitan pemilihan tajuk

HARI 3 
- Membuat rujukan sebagai persediaan awal melalui internet dan laman web
- Berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh

HARI 4 
-  Menentukan tempat tugasan yang ingin dilakukan 
- Menyediakan borang temubual dengan
bimbingan guru

HARI 5
- Mengenalpasti maklumat yang  diperlukan bagi memudahkan tugasan

HARI 6
- Menemuramah beberapa orang sumber berkaitan dengan tajuk kajian 

HARI 7         
- Mengumpul bahan rujukan berkaitan kajian yang dijalankan
- Menghasilkan bahan grafik yang sesuai

HARI 8 
- Memulakan penulisan dan membina kerangka kerja tugasan

HARI 9
- Menyemak tugasan (Do Checklist)

HARI 10
- Membuat penambahbaikan

Semoga perkongsian tentang Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 ini dapat dijadikan panduan buat anda untuk menghasilkan laporan yang terbaik. Selamat menyiapkan tugasan kerja kursus dengan jayanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan