Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah Tugasan Geografi PT3. Anda calon PT3 yang ingin menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018? Untuk makluman daripada Lembaga Peperiksaan KPM, calon PT3 diberi tugasan Geografi PT3 2018 berjudul 'Kajian guna tanah di kawasan kajian anda'. Pelajar perlu melengkapkan kajian peta dengan mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian anda dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut. Jenis guna tanah boleh dikelaskan kepada bentuk aktiviti seperti perumahan, perindustrian, pertanian, pelombongan dan sebagainya.
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan kajian :
Kedudukan kawasan perindustrian yang pesat sebagai contoh di Shah Alam, Selangor kerana lokasinya akan memberi kesan yang penting kepada pembangunan setempat.
b. Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur juga satu aspek yang penting bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan industri yang mampan. Ianya termasuklah kemudahan bekalan air, elektrik dan alat telekomunikasi.
Keadaan bentuk muka bumi yang baik di Cameron Highlands amat sesuai untuk penanaman sayur-sayuran, teh dan buah-buahan. Cameron Highlands telah dipilih sebagai hub besar-besaran untuk tanaman bagi sektor pertanian. Perkembangan teknologi yang canggih untuk pertanian di Cameron Highlands telah membuka peluang pekerjaan di sektor pertanian.
Keadaan cuaca yang lembap dan panas sepanjang tahun telah membolehkan aktiviti penanaman giat diusahakan. Sebagai contoh, penanaman sayur-sayuran dan teh di Kundasang, Sabah.
3. Petempatan
Faktor penting yang mempengaruhi guna tanah untuk petempatan rumah kediaman seperti berikut :
a. Bentuk Muka Bumi
Pembinaan rumah di tanah pamah atau rata menjadi pilihan penting berbanding di kawasan tanah tinggi atas faktor kos dan juga kemudahan membina dan penghantaran barang yang lebih mudah dan cepat.
Pembinaan rumah di tanah tinggi pula mempunyai risiko lebih tinggi berbanding di kawasan tanah rata dimana ianya perlu dikaji terlebih dahulu untuk mengetahui kekuatan tanah tersebut. Ia memerlukan kos lebih tinggi kerana kerja-kerja pemotongan pokok dan juga membuat penembok penahan untuk menghalang berlakunya tanah runtuh atau hakisan tanah.
b. Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur adalah salah satu perkara yang penting dimana ia mempengaruhi pembangunan guna tanah kediaman sesuatu kawasan. Contoh infrastruktur ialah jalan raya, lampu isyarat, padang permainan, hentian bas, lampu jalan, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya.
c. Keselamatan
Keselamatan juga adalah suatu aspek yang penting bagi pembangunan guna tanah sesuatu kawasan kerana ianya perlu mengambil kira keselamatan antara jiran terjamin. Oleh itu, ianya perlu dititikberatkan dengan adanya iaitu balai polis, balai bomba dan agensi-agensi yang lain.
4. Pengangkutan
Pengangkutan adalah satu aspek yang sangat penting dan diperlukan untuk suatu pembinaan bagi penempatan manusia.
a. Bentuk Muka Bumi
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api sangatlah sesuai dibina di tanah yang rata (pamah), lembah sungai dan pinggir pantai. Misalnya, pantai barat Semenanjung Malaysia yang luas dan mempunyai tanah rata membolehkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api bagi kegunaan harian.
b. Kegiatan Ekonomi
Jaringan pengangkutan yang cekap dan efektif juga adalah penting untuk proses penghantaran barangan ke pelabuhan untuk dieksport. Misalnya, kawasan yang kaya dengan bahan mineral dan kayu kayan biasanya akan dihubungkan dengan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan perjalanan.
● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018
Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah Tugasan Geografi PT3
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan kajian :
1. Perindustrian
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi guna tanah perindustrian di sesuatu kawasan :
a. Lokasi
Kedudukan kawasan perindustrian yang pesat sebagai contoh di Shah Alam, Selangor kerana lokasinya akan memberi kesan yang penting kepada pembangunan setempat.
b. Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur juga satu aspek yang penting bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan industri yang mampan. Ianya termasuklah kemudahan bekalan air, elektrik dan alat telekomunikasi.
2. Pertanian
Berikut adalah faktor-faktor yang akan membentuk guna tanah pertanian :
a. Bentuk Muka Bumi
Keadaan bentuk muka bumi yang baik di Cameron Highlands amat sesuai untuk penanaman sayur-sayuran, teh dan buah-buahan. Cameron Highlands telah dipilih sebagai hub besar-besaran untuk tanaman bagi sektor pertanian. Perkembangan teknologi yang canggih untuk pertanian di Cameron Highlands telah membuka peluang pekerjaan di sektor pertanian.
b. Keadaan Cuaca
Keadaan cuaca yang lembap dan panas sepanjang tahun telah membolehkan aktiviti penanaman giat diusahakan. Sebagai contoh, penanaman sayur-sayuran dan teh di Kundasang, Sabah.
3. Petempatan
Faktor penting yang mempengaruhi guna tanah untuk petempatan rumah kediaman seperti berikut :
a. Bentuk Muka Bumi
Pembinaan rumah di tanah pamah atau rata menjadi pilihan penting berbanding di kawasan tanah tinggi atas faktor kos dan juga kemudahan membina dan penghantaran barang yang lebih mudah dan cepat.
Pembinaan rumah di tanah tinggi pula mempunyai risiko lebih tinggi berbanding di kawasan tanah rata dimana ianya perlu dikaji terlebih dahulu untuk mengetahui kekuatan tanah tersebut. Ia memerlukan kos lebih tinggi kerana kerja-kerja pemotongan pokok dan juga membuat penembok penahan untuk menghalang berlakunya tanah runtuh atau hakisan tanah.
b. Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur adalah salah satu perkara yang penting dimana ia mempengaruhi pembangunan guna tanah kediaman sesuatu kawasan. Contoh infrastruktur ialah jalan raya, lampu isyarat, padang permainan, hentian bas, lampu jalan, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya.
c. Keselamatan
Keselamatan juga adalah suatu aspek yang penting bagi pembangunan guna tanah sesuatu kawasan kerana ianya perlu mengambil kira keselamatan antara jiran terjamin. Oleh itu, ianya perlu dititikberatkan dengan adanya iaitu balai polis, balai bomba dan agensi-agensi yang lain.
4. Pengangkutan
Pengangkutan adalah satu aspek yang sangat penting dan diperlukan untuk suatu pembinaan bagi penempatan manusia.
a. Bentuk Muka Bumi
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api sangatlah sesuai dibina di tanah yang rata (pamah), lembah sungai dan pinggir pantai. Misalnya, pantai barat Semenanjung Malaysia yang luas dan mempunyai tanah rata membolehkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api bagi kegunaan harian.
b. Kegiatan Ekonomi
Jaringan pengangkutan yang cekap dan efektif juga adalah penting untuk proses penghantaran barangan ke pelabuhan untuk dieksport. Misalnya, kawasan yang kaya dengan bahan mineral dan kayu kayan biasanya akan dihubungkan dengan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan perjalanan.
INFO BERKAITAN :
● Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
● Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018
● Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018
● Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah● Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
● Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018
● Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018
● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018
Semoga perkongsian tentang Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah Geografi PT3 ini yang boleh dijadikan rujukan buat semua calon PT3. Selamat menyiap tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan