Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Isnin, 16 Julai 2018

Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018

Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018. Panduan buat calon PT3 yang sedang membuat satu tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 tahun 2018. Tajuk kajian 'Guna tanah di kawasan kajian anda' telah dipilih sebagai tugasan yang wajib disiapkan oleh setiap calon PT3 pada tahun 2018. Berikut adalah contoh borang soal selidik Geografi PT3 2018 buat rujukan pelajar.

Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018

Borang soal selidik atau temubual adalah merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Dengan adanya borang tersebut ia dapat memudahkam calon untuk menyiapkan tugasan kerja kursus lebih kompleks. 

Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh format dan borang soal selidik Geografi PT3 2018 :

TAJUK KAJIAN
:________________
KAWASAN KAJIAN
:_________________

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Nama Responden: _____________
Alamat:______________
Umur: ______________
Bangsa: _______________
Jantina: _______________
Pekerjaan: _______________

BAHAGIAN B: KAJIAN GUNA TANAH

1. Berapa lamakah anda telah menetap di kawasan ini? 

2. Pada pendapat anda, apakah taburan dan jenis guna tanah di kawasan anda?
__________________________ (Nyatakan jawapan) 

3. Apakah latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan ini?
__________________________ (Nyatakan jawapan) 

4. Apakah jenis guna tanah utama di kawasan ini?
_________________________ (Nyatakan jawapan) 

5. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan ini?
__________________________ (Nyatakan jawapan) 

6. Apakah kesan-kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan ini?
__________________________ (Nyatakan jawapan)

7. Apakah cadangan atau pendapat yang boleh memajukan pembangunan guna tanah di kawasan ini?
__________________________ (Nyatakan jawapan)

BAHAGIAN C: AKUAN/ PENGESAHAN

Saya dengan ini mengesahkan maklumat yang diberikan dalam Borang Soal Selidik ini adalah benar serta dilengkapkan oleh saya sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. 


Semoga perkongsian tentang Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018 ini dapat dijadikan panduan buat pelajar. Selamat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan