Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Isnin, 16 Julai 2018

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian (Geografi PT3)

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian (Geografi PT3). Panduan buat calon PT3 yang sedang mencari bahan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 yang berjudul 'Kajian Guna Tanah di Kawasan Anda'. Bagaimana langkah-langkah atau cara untuk mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar? Pembangunan guna tanah adalah satu aspek yang penting untuk membangunkan sesuatu tempat bagi kegunaan dan keperluan manusia seperti rumah, kawasan kedai, taman rekreasi, jalan raya dan sebagainya. Bagaimana pun, pembangunan guna tanah tanpa kawalan juga akan memberi kebinasaan terhadap alam sekitar amnya flora dan fauna.

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian (Geografi PT3)

Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian (Geografi PT3) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara-cara mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan kajian anda sebagai panduan buat pelajar untuk menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 :

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Perlombongan


● Penanaman semula tumbuhan-tumbuhan di kawasan yang termusnah.
● Menggunakan simen dan konkrit untuk menutup lubang di bawah permukaan.
● Tambakan semula kawasan yang di lombong iaitu pada kesan korekan yang telah ditinggalkan.
● Kempen dan seminar tentang kepentingan tentang cintakan alam sekitar.
● Menghasilkan taman-taman rekriasi contohnya di Bukit Besi Trengganu .
● Kempen dan seminar tentang kepentingan tentang cintakan alam sekitar.
● Menghadkan kuasa letupan yang digunakan.
● Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah-pesalah.

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Pengangkutan 


a. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum daripada pelepasan asap kenderaan bermotor. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang boleh memberi masalah kesihatan seperti batuk dan demam.

b. Menggunakan pengangkutan awam

Untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas adalah dengan menggunakan pengangkutan awam. Secara tak langsung, ia dapat memberi kemudahan untuk para pekerja pergi dan balik kerja dengan masa lebih tepat.

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Perindustrian 


a. Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis

Pihak berwajib perlu mengambil langkah drastik dengan mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong dan memasang alat penapis asap untuk mengurangkan masalah udara tidak segar.

b. Kempen kesedaran awam

Kempen-kempen kesedaran kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri juga adalah penting untuk memastikan masyarakat industri mengambil berat the tentang keperihatinan alam sekitar.

c. Penguatkuasaan undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan perlu membuat pemantauan dan diberi kuasa untuk mengawal kilang-kilang di sesuatu kawasan. Hukuman dan denda maksimum perlu dikenakan kepada pesalah alam sekitar seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

● Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah
● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar 
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018 

Semoga perkongsian tentang Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian ini dapat dijadikan rujukan buat semua calon PT3. Selamat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan