Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Isnin, 16 Julai 2018

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar Tugasan Geografi PT3 2018

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar Tugasan Geografi PT3 2018. Panduan buat calon PT3 yang kena menyiapkan kerja kursus Geografi PT3 2018. Apakah kesan guna tanah terhadap alam sekitar? Berdasarkan makluman daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, tajuk tugasan Geografi PT3 2018  yang diberikan adalah 'Kajian Guna Tanah di Kawasan Tempat Tinggal atau Sekolah Anda'. Berikut adalah kesan guna tanah terhadap alam sekitar.

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar Tugasan Geografi PT3 2018

Untuk pengetahuan, keperluan kegunaan guna tanah sangat diperlukan pada zaman era globalisasi ini kerana untuk dimajukan bagi pelbagai tujuan aktiviti ekonomi dan pembangunan seperti perumahan, rumah kedai, jambatan, jalan raya dan sebagainya. Secara tak langsung, perubahan guna tanah ini akan menimbulkan kesan negatif yang akan memberi ancaman dan kerosakan kepada alam sekitar seperti masalah pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan sebagainya.

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar Tugasan Geografi PT3 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kesan guna tanah terhadap alam sekitar mengikut jenis guna tanah :

Kesan Pembinaan Terhadap Alam Sekitar 

1. Kesan Pertanian

Aktiviti pertanian juga boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar sekiranya dilakukan secara besar-besaran seperti berikut :

a. Penukaran tanah dari hutan kepada projek pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.
b. Mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan termasuk hidupan liar. 
c. Penyumbang hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh. 
d. Kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air.
e. Disebabkan hakisan tanah juga menyebabkan air akan bertambah keruh. 
f. Banyaknya berlaku hakisan tanah boleh menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. 

2. Kesan Perlombongan 

Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan yang turut memberi kesan negatif kepada alam sekitar iaitu :

a. Mengancam kehidupan akuatik
b. Mengancam habitat flora dan fauna
c. Menjejaskan kualiti air disebabkan air menjadi keruh akibat larutan tanah yang mengalir.
d. Sistem saliran tersumbat dan tercemar akibat daripada hakisan dan sisa yang ditinggalkan.
e. Pencemaran logam berat yang boleh memudaratkan kesihatan.

3. Kesan Sisa buangan/ Pembentungan

Berikut adalah kesan hasil daripada pembinaan sisa buangan atau pembentungan :

a. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai. 
b. Berlakunya pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan. 
c. Akibat kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah juga akan meningkat.


Semoga perkongsian tentang Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar ini dapat dijadikan panduan buat calon PT3. Selamat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 

1 ulasan:

  1. Goyang Casino Hotel - Las Vegas
    Goyang Casino Hotel ford fusion titanium is the goyangfc.com official name of the property for its gaming facilities in the resort Las Vegas. The resort's gaming poormansguidetocasinogambling.com floor, casino, septcasino and spa herzamanindir are

    BalasPadam