Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Jumaat, 28 Oktober 2022

Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5)

Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5). Adakah anda calon SPM 2022? Sudah baca bab ke bab novel Songket Berbenang Emas? Untuk pengetahuan, Novel Songket Berbenang Emas adalah merupakan novel Komsas Tingkatan 5 daripada karya Khairuddin Ayip yang telah digunakan pakai pada tahun 2016 hingga tahun 2021 bagi Zon 1 iaitu negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Berikut adalah nota lengkap novel Songket Berbenang Emas sebagai rujukan buat pelajar.

Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5)

Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nota novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5 yang merangkumi sinopsis, bab ke bab, tema, persoalan dan sebagainya.

Sinopsis Songket Berbenang Emas


Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.

Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Tema Songket Berbenang Emas


Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

● Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya. [H]
● Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil
alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka. Namun,
Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut. [H]
● Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya. [H]

Persoalan Songket Berbenang Emas


Berikut adalah persoalan-persoalan novel Songket Berbenang Emas sebagai panduan :

1. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
- Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu
meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
2. Persoalan kasih sayang antara keluarga
- Embong amat menyayangi isterinya, saleha dan anak-anaknya. Beliau sanggup
bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau tetap
menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental.

Download Nota Songket Berbenang Emas


Untuk dapatkan nota novel Songket Berbenang Emas dengan lengkap, anda boleh muat turun dalam bentuk PDF melalui pautan di bawah :

Klik : NOTA SONGKET BERBENANG EMAS 

INFO BERKAITAN :

● Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5)
● Nota Novel Bima Sakti Menari (Komsas Tingkatan 5)
Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)

Selamat menduduki peperiksaan SPM dan moga memperolehi keputusan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan