Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Jumaat, 28 Oktober 2022

Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5)

Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5). Adakah anda calon SPM 2022? Sudah baca bab ke bab novel Silir Daksina? Panduan buat anda khususnya pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk pengetahuan, Novel Silir Daksina adalah merupakan novel Komsas Tingkatan 5 daripada karya Md Nizar Parman yang telah digunakan pakai pada tahun 2016 hingga tahun 2021 bagi Zon 4 iaitu negeri Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak. Berikut adalah nota lengkap novel Silir Daksina sebagai rujukan buat pelajar.

Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5)

Nota Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nota novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5 yang merangkumi sinopsis, bab ke bab, tema, persoalan dan sebagainya.

Sinopsis Silir Daksina


Novel Silir Daksina mengisahkan dengan Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung  halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu?

Tema Silir Daksina 


Novel Silir Daksina membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

Persoalan Silir Daksina 


1. Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.

Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

2. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.

3. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.

Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.

Nilai Murni Silir Daksina 


1. Kasih Sayang

Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya.

2. Keprihatinan

Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak seperti dahulu.

3. Amanah

Tauke Ong menjaga amanah yang diberikan oleh arwah cikgu Abdullah sebelum Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama.

4. Baik Hati

See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan.

Pengajaran Silir Daksina 


1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita terutamanya ibu dan ayah kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita

Haiqal amat menyayangi ahli keluarganya meskipun dia mendapat tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya dan Nurul Asiyah hanyalah adik tirinya. 

2. Kita wajarlah prihatin tentang keadaan orang yang berada di sekeliling kita

Ai Ling bertanya tentang kesihatan gurunya apabila mendapati badan gurunya semakin kurus dan urat-urat di kepala gurunya timbul. 

3. Kita perlulah tabah dan cekal dengan ujian yang dihadapi dalam hidup

Ayah Haiqal seorang yang cekal dan tabah apabila dia tidak berjaya membawa anaknya, Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri Purnama. 

Download Nota Novel Silir Daksina Tingkatan 5


Untuk dapatkan bab ke bab novel Silir Daksina dengan lengkap, anda boleh muat turun dalam bentuk PDF melalui pautan di bawah :

Klik : NOTA SILIR DAKSINA

INFO BERKAITAN :

● Nota Novel Songket Berbenang Emas (Komsas Tingkatan 5)
● Nota Novel Bima Sakti Menari (Komsas Tingkatan 5)
● Nota Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5)

Selamat menduduki peperiksaan SPM dan moga memperolehi keputusan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan