Isnin, 16 Julai 2018

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018. Panduan buat calon Tingkatan 3 yang ingin menyempurnakan satu tugasan iaitu kerja kursus Geografi PT3 tahun 2018. Menurut makluman daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, semua calon PT3 perlu menyiapkan satu tugasan Geografi PT3 yang diberikan bermula pada 8 Julai hingga 27 Julai 2018. Tajuk kajian yang diberikan adalah 'Kajian guna tanah di kawasan kajian anda'. Berikut adalah contoh kerangka kasar Geografi PT3 2018 buat rujukan pelajar.

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018

Kerangka kasar adalah dibina sebagai satu draf kerja untuk sesuatu tugasan yang diberikan. Ia perlu dibuat serba sedikit secara ringkas isi kandungan untuk menjelaskan projek yang akan dibuat. Tujuan membuat kerangka kasar adalah bagi memudahkan calon mengolah laporan yang dibuat dengan lebih terperinci. Perkara yang ada pada kerangka kasar adalah isi-isi penting seperti penghargaan, pengenalan, objektif dan kaedah kajian dan banyak lagi.

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh kerangka kasar kerja kursus Geografi PT3 2018 :

Kerangka Kasar Tugasan Geografi PT3

1. Penghargaan           

Sesuatu tugasan yang dilaksanakan perlu mempunyai penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada individu atau pihak berkenaan yang turut membantu dalam memberikan input untuk tugasan yang perlu disiapkan.
                                       
2.  Pengenalan

Pengenalan menerangkan secara ringkas tentang kawasan kajian yang merangkumi sebab-sebab pemilihan sesuatu kawasan serta latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di tempat kajian.

3.  Objektif Kajian

Menyatakan objektif atau input yang diperolehi mengikut tugasan yang diberikan.

4. Kaedah Kajian

Kaedah kajian adalah suatu cara untuk menjalankan tugasan yang diberikan sama ada individu atau secara berkumpulan.

5. Hasil Laporan Kajian

i. Melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah di tempat kajian.
ii. Lorekkan kawasan guna tanah di kawasan kajian

6. Rumusan

Merumuskan segala tugasan yang telah dilaksanakan.

7. Borang Soal Selidik

8. Sumber

Senaraikan sumber-sumber yang diambil dalam tugasan yang dilaksanakan seperti Internet, temu bual, bahan ilmiah dan sebagainya.

● Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah
● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar 
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018 

Semoga perkongsian tentang Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018 ini dapat dijadikan panduan buat calon. Selamat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan