Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Ahad, 14 Oktober 2018

Permohonan GIATMARA Januari 2019 Online

Permohonan GIATMARA Januari 2019 Online. Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam latihan kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke GIATMARA sesi Januari 2019 dibuka pada 15 Oktober hingga 22 Disember 2018. Permohonan boleh dibuat secara online di laman rasmi KPM https://sptv.moe.gov.my/.

Permohonan GIATMARA Januari 2019 Online

Permohonan GIATMARA Januari 2019 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan GIATMARA Januari 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Permohonan GIATMARA 2019


Antara syarat-syarat permohonan kemasukan ke Pusat Kemahiran GIATMARA :

1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia

2. Berumur minima 15 tahun

3. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)

4. Sihat tubuh badan

5. Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik.

Cara Permohonan GIATMARA 2019 Online dan Manual


Bagi pelajar yang berkelayakan dan berminat ke GIATMARA, terdapat dua (2) cara untuk membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA bagi pengambilan Sepenuh Masa dan Separuh Masa seperti berikut ;

Permohonan GIATMARA Program Sepenuh Masa Online 

Untuk permohonan kemasukan ke GIATMARA sesi Januari 2019 bagi pemohon program latihan secara sepenuh masa sahaja. Pemohon boleh isi borang permohonan secara dalam talian di portal seperti di bawah ;

○ Aplikasi Permohonan : BORANG GIATMARA

Permohonan GIATMARA Program Separuh Masa Secara Manual

Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA, sila dapatkan borang permohonan secara manual dan hantar borang tersebut ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran dengan anda.

○ Aplikasi Permohonan : Borang Permohonan Program Separuh Masa

Semakan Keputusan GIATMARA Januari 2019


Keputusan permohonan kemasukan ke GIATMARA sesi Januari  2019 boleh disemak secara online pada 18 Januari hingga 22 Januari 2019.

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA

Malaysia

Tingkat 4 Bangunan Medan MARA

21 Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03- 2691 5111 sambungan 3402

Fax : 03- 2691 0249

e-mail : pel@giatmara.edu.my

Selamat membuat Permohonan GIATMARA Januari 2019 secara online. Semoga anda berjaya ditawarkan penempatan ke pusat kemahiran GIATMARA di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan