Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Sabtu, 21 Julai 2018

Semakan Keputusan UPU 2018 Online Bagi Lepasan STPM/ Setaraf

Semakan Keputusan UPU 2018 Online Bagi Lepasan STPM/ Setaraf. Adakah anda calon yang ingin menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam? Panduan buat anda khususnya calon lepasan STPM/ Setaraf yang telah membuat Permohonan UPUOnline sesi 2018/2019 bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman, semakan keputusan UPU 2018/2019 bagi kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda dijangka akan diumumkan pada 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018.

Semakan Keputusan UPU 2018 Online Bagi Lepasan STPM/ Setaraf

Semakan Keputusan UPU 2018 Bagi Lepasan STPM/ Setaraf


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan UPU 2018/2019 bagi lepasan STPM/ Setaraf termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting, semakan panggilan temuduga dan pautan semakan UPU :

○ Tarikh Semakan : 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 
○ Aplikasi Semakan : akan dikemaskini

Cara Semakan Keputusan UPU 2018/2019 Online dan SMS


Berikut adalah panduan cara semakan keputusan UPUOnline sesi 2018/2019 secara online atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) :

A. Semakan Keputusan UPU 2018 Online

1. Pemohon boleh membuat semakan tawaran UPU dengan melayari di Portal Rasmi UPU.

2. Selain portal rasmi UPU, anda boleh juga layari saluran alternatif secara terus ke laman web universiti-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut ;
3. Bagi pemohon yang berjaya, anda perlu membuat pengesahan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui pautan disediakan. 

B. Semakan Keputusan UPU 2018 Melalui SMS

Selain sistem online, calon juga boleh membuat semakan keputusan UPUOnline 2018/19 menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :

1. Universiti Awam dan Politeknik Premier

○ Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

2. Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

○ Taipkan: UPU<jarak>TVET<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

Permohonan Rayuan UPU 2018/2019 Lepasan STPM/ Setaraf


Bagi pemohon yang gagal mendapat tawaran UPU bagi sesi pertama, anda boleh membuat permohonan rayuan UPU secara online yang DIBUKA mulai 30 Julai hingga 5 Ogos 2018. Jika anda gagal dalam permohonan rayuan pertama, automatiknya nama anda akan dalam senarai rayuan kedua.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi helpline UPU di talian 03 - 8870 8200 atau layari ke portal web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

Selamat membuat semakan keputusan permohonan UPU 2018/2019 secara online dan menerusi SMS. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam/ IPTA di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan