Ahad, 18 November 2018

Semakan Keputusan UPSR 2018 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Semakan Keputusan UPSR 2018 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Adakah anda calon UPSR tahun 2018? Lazimnya, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada minggu ketiga bulan November. Menerusi portal KPM, keputusan UPSR 2018 akan diumumkan pada hari Khamis, 22 November 2018 mulai jam 10.00 pagi. Untuk membuat semakan keputusan UPSR kini anda boleh semak secara dalam talian atau menerusi SMS.

Semakan Keputusan UPSR 2018 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Semakan Keputusan UPSR 2018 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah


Berikut adalah maklumat tentang cara semakan keputusan UPSR 2018 secara online atau menerusi SMS :

● Tarikh Semakan : 22 November 2018 (Khamis)

● Tahun 2017 : 23 November 2017

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online 


Untuk memudahkan pelajar, KPM turut sediakan satu sistem semakan online bagi membolehkan murid Tahun Enam membuat semakan keputusan UPSR secara online. Sistem semakan keputusan UPSR ini akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Berikut pautan aplikasi semakan keputusan UPSR ;

APLIKASI SEMAKAN : https://sppat.moe.gov.my/semakan/

Semakan Keputusan UPSR 2018 Menerusi SMS


Selain semakan online, calon juga boleh membuat semakan keputusan UPSR 2018 menerusi sistem pesanan ringkas atau dikenali SMS. Caranya sangat mudah dimana anda perlu taip SMS seperti di bawah. Perkhidmatan SMS ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan rasmi diumumkan kelak.

Caranya ;

● Taipkan : UPSR<jarak>ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888.

● Contoh : UPSR 214561025432 dan SMS ke 15888.

Nota : Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan dikenakan sebanyak RM0.20 tidak termasuk SST.

Mendapatkan Slip Keputusan Penuh UPSR 2018 


Bagi calon-calon UPSR yang ingin mendapatkan slip penuh keputusan USPR 2018, sila hadir ke sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Pastikan anda memakai baju sekolah sepertimana anda menjawab peperiksaan.

Selamat membuat semakan keputusan UPSR 2018 secara online atau menerusi SMS. Semoga anda berjaya memperolehi keputusan cemerlang dan memudahkan anda untuk membuat permohonan kemasukan ke SBP atau MRSM bagi Tingkatan Satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan