Ahad, 18 November 2018

Semakan Keputusan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan Tiga

Semakan Keputusan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan Tiga. Adakah anda calon PT3 tahun 2018? Lazimnya, keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 atau PT3 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada minggu ketiga bulan Disember. Seperti mana anda tahu, peperiksaan PT3 2018 telah dijalankan pada 1 hingga 4 Oktober 2018. Menerusi portal KPM, keputusan PT3 2018 akan diumumkan pada bulan Disember 2018. Untuk membuat semakan keputusan PT3 kini tidak lagi menggunakan sistem semakan online atau menerusi SMS.

Semakan Keputusan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan Tiga

Semakan Keputusan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan Tiga


Berikut adalah maklumat tentang tarikh semakan keputusan PT3 2018 termasuk cara mendapatkan keputusan PT3 :

● Tarikh Semakan : Akan dikemaskini

● Tahun 2017 : 14 Disember 2017

Semakan Keputusan PT3 2018 Online 


Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, sistem semakan secara online untuk semakan keputusan PT3 tidak lagi disediakan oleh KPM. Maknanya tahun ini juga sistem semakan online tidak disediakan. Oleh itu, para calon perlu hadir ke sekolah masing-masing untuk dapatkan slip penuh keputusan PT3 pada tarikh rasmi keputusan diumumkan oleh KPM. Pelajar perlulah memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip peperiksaan.

Bagi calon Persendirian pula, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri dimana tempat yang anda membuat pendaftaran untuk peperiksaan PT3.

Semakan Keputusan PT3 2018 Menerusi SMS


Seperti tahun-tahun yang lalu, perkhidmatan SMS disediakan untuk memudahkan pelajar membuat semakan keputusan PT3. Kini, sistem SMS tidak lagi berfungsi dan tidak disediakan semakan tahun ini.

Caranya ;

Taipkan : PT3<jarak>ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888.

Contoh : PT3 214561025432 dan SMS ke 15888.

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2018 


Bagi calon-calon PT3 yang kurang berpuas hati atau rasa yakin keputusan PT3 mereka boleh berubah menjadi gred A, anda boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula keputusan PT3 2018 yang boleh didapati di sekolah masing-masing. Lazimnya, permohonan penyemakan semula boleh dibuat hanya tempoh 30 hari sahaja selepas keputusan rasmi diumumkan.

Selamat membuat semakan keputusan PT3 2018 di sekolah masing-masing. Semoga anda berjaya memperolehi keputusan cemerlang dan memudahkan anda untuk membuat permohonan kemasukan ke SBP atau MRSM bagi Tingkatan Empat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan