Sabtu, 21 Julai 2018

Permohonan Matrikulasi 2019/2020 Online

Permohonan Matrikulasi 2019/2020 Online.  Adakah anda berminat menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian kemasukan Program Matrikulasi tahun 2019/2020. Program Matrikulasi KPM adalah salah satu pilihan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi selain Tingkatan Enam, Asasi atau Diploma. Berikut adalah cara permohonan Program Matrikulasi KPM tahun 2019/2020.

Permohonan Matrikulasi 2019/2020 Online

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2019/2020 telah dibuka secara online melalui sistem PMI bermula daripada 19 Julai hingga 30 November 2018. Permohonan Program Matrikulasi hanya dibuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 sahaja. Terdapat dua program yang ditawarkan Kolej Matrikulasi iaitu Program Matrikulasi Dua Semester dan Program Matrikulasi Empat Semester.

Permohonan Matrikulasi 2019/2020 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 yang memaparkan tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 19 Julai hingga 30 November 2018
Aplikasi Permohonan : https://matrikulasi.moe.gov.my

Syarat Permohonan Matrikulasi 2019/2020 KPM

Antara syarat-syarat permohonan Program Matrikulasi 2019/2020 adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018. 
2. Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2018. 

Syarat Kelayakan Akademik

A. Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B. Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C. Aliran Teknikal

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan

Nota : Untuk dapatkan maklumat tentang syarat kelayakan minimum program Matrikulasi bagi DUA atau EMPAT SEMESTER, anda boleh klik pautan ini di SYARAT KELAYAKAN

Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2019/2020 Online 


Berikut adalah panduan cara permohonan Matrikulasi sesi 2019/2020 secara dalam talian iaitu :

1. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP). 

2. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:

i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 
ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 
dengan LP. 
iii. No. Pin 5 digit. 

3. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun 
GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut. 

4. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau 
pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.

5. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin. untuk membuat permohonan. 

6. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit 
Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN. 

7. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang 
matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018. 

8. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti 
penghantaran. 

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Program Matrikulasi, anda boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083.

INFO BERKAITAN :

Senarai Kolej Matrikulasi KPM (Alamat & Laman Web)

Semoga perkongsian tentang Permohonan Matrikulasi 2019/2020 ini dapat dijadikan panduan buat pemohon. Selamat membuat permohonan dan moga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan