Selasa, 17 Julai 2018

Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi (Cara Melukis & Mentafsir)

Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi (Cara Melukis & Mentafsir). Panduan buat calon yang sedang menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PT3 2018. Untuk makluman, pelajar dikehendaki membuat satu folio berkaitan kajian guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Berdasarkam jadual peperiksaan PT3, calon perlu menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 mulai 8 Julai hingga 27 Julai 2018. Berikut adalah cara melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian anda.

Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi (Cara Melukis & Mentafsir)

Definisi peta adalah merupakan suatu gambaran atau lukisan yang menunjukkan kawasan di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan ciri geografi iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara.

Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi (Cara Melukis & Mentafsir) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara buat peta lakar tugasan geografi PT3 termasuk ciri-ciri asas buat peta sebagai rujukan buat calon :

Ciri-Ciri Asas Peta Geografi 



Antara ciri-ciri asas peta yang perlu dilakarkan seperti berikut :

1. Tajuk Peta
2. Bingkai Peta
3. Petunjuk Peta
4. Petunjuk Arah Utara
5. Simbol
6. Ciri Fizikal dan Ciri Budaya

A. Definisi Ciri Fizikal

Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

B. Definisi Ciri Budaya

Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, pelombongan, pengangkutan dan perhubungan.

C. Simbol Fizikal

Mewakili ciri-ciri semulajadi. Contohnya: bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.

D. Simbol Budaya

Mewakili ciri-ciri buatan manusia. Contohnya: petempatan, tanaman, perhubungan dan pelombongan.

Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi (Cara Melukis & Mentafsir)
Kredit Image : orgs.one

E. Singkatan Yang Digunakan Dalam Peta

Singkatan perkataan juga digunakan dalam peta untuk mentafsir ciri-ciri fizikal dan budaya iaitu seperti berikut :

       Singkatan                    Ciri Geografi

          B.P.                               Balai Polis
           G.                                  Gunung
          T.A.                                 Tali Air
          Pdg.                               Padang        
          Kg.                               Kampung
         Hosp.                             Hospital
         R.R.                             Rumah Rehat
          Ldg.                               Ladang
           Bt.                                  Bukit
           P.P.                             Pejabat Pos
            S.                                  Sungai
            Tg.                                Tanjung
            K.                                  Kuala
          Sek.                               Sekolah

F. Warna

Warna juga berperanan menunjukkan ciri geografi yang terdapat di dalam peta seperti berikut :

            Ciri Geografi                     Warna

             Jalan Raya                         Merah
           Tanah Tinggi                  Oren/Coklat
       Kawasan Perairan                  Biru
  Hutan, Tumbuh-tumbuhan      Hijau
             Bangunan                          Hitam

Cara Melukis Peta Lakar Geografi 


Berikut adalah cara-cara melukis peta lakar Geografi Tingkatan 3 :

1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan
2. Kebiasaannya, peta lakar tidak memerlukan skala
3. Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian
4. Lukis simbol dan diwarnai serta singkatan bagi setiap ciri geografi
5. Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta.

Contoh Peta Lakar Geografi Tingkatan 3 


Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi (Cara Melukis & Mentafsir)
Kredit Image : orgs.one

● Contoh Rumusan Geografi PT3 2018 Kajian Guna Tanah
● Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar 
● Cara Mengatasi Kesan Guna Tanah Kawasan Kajian
● Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2018 

Semoga perkongsian tentang Cara Buat Peta Lakar Tugasan Geografi PT3 2018 ini dapat dijadikan rujukan buat calon. Selamat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Kredit : my Sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan