Sabtu, 13 Oktober 2018

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018. Apakah tajuk Sejarah Kertas 3 SPM 2018? Panduan buat calon Tingkatan Lima (5) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Seperti anda tahu, kertas 3 Sejarah merupakan satu tugasan atau instrumen yang perlu disiapkan oleh pelajar sebelum peperiksaan SPM sebenar. Untuk makluman, tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018 akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) selewat-lewatnya enam minggu sebelum peperiksaan SPM. Tajuk Sejarah kertas 3 SPM diberikan tahun 2018 adalah 'Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat'.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018 yang turut memaparkan peraturan menduduki peperiksaan :

● Tahun 2018 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

● Tahun 2017 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2018

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-1990 menggariskan
rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi
Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi
dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi
mencapai matlamat tersebut.

Sumber: Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 halaman 35

Panduan Menduduki Peperiksaan Sejarah Kertas 3 SPM


Berikut adalah peraturan atau panduan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi Sejarah Kertas 3 :

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan
mengumpulkan maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan
Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan
ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik
peperiksaan.
6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik
ke dalam bilik/dewan peperiksaan.
7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu
calon lain.
8. Calon dinasihatkan supaya memperluas bahan bacaan agar tidak hanya bergantung kepada maklumat daripada buku teks semata-mata untuk menghasilkan
jawapan yang mantap.

INFO BERKAITAN :

● Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 
● Contoh Soalan Percubaan SPM 2018
● Skema Jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Semoga perkongsian tentang tema umum Sejarah Kertas 3 2018 ini dapat dijadikan panduan buat calon SPM. Selamat menduduki peperiksaan SPM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan