Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Rabu, 3 Oktober 2018

Permohonan Tabika Kemas 2019 Online


Permohonan Tabika Kemas 2019 Online. Bilakah tarikh permohonan Tabika Kemas tahun 2019? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang berminat membuat permohonan Tabika Kemas 2019. Untuk makluman, permohonan Tabika Kemas 2019 telah dibuka secara online di portal Jabatan Kemajuan Masyarakat mulai bulan Jun hingga Oktober 2018. Berikut merupakan permohonan Tabika Kemas 2019. 

Permohonan Tabika Kemas 2019 Online



Permohonan Tabika Kemas 2019 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Tabika Kemas 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai bulan Jun  hingga Oktober 2018

Aplikasi Permohonan :

Syarat Kemasukan Tabika Kemas 2019


Antara syarat-syarat kemasukan Tabika Kemas 2019 adalah seperti berikut :

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4  hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2019 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2018.
4. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
5. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan  Terima/Tolak kepada ibubapa/ penjaga kanak-kanak yang terlibat.
6. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2018.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Cara Permohonan Tabika Kemas 2019 


1. Borang permohonan boleh dimuat turun  melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat http://www.kemas.gov.my serta di semua Tabika KEMAS.


2. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan
hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.

Selamat membuat Permohonan Tabika Kemas 2019 secara online. Semoga anak-anak anda ditawarkan ke Tabika Kemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan