Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Ahad, 14 Oktober 2018

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2019 Online

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2019 Online. Panduan buat pelajar lepasan Tingkatan Tiga (3) yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018. Untuk makluman, bagi pelajar yang berkelayakan dan berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), permohonan dibuka pada 15 Oktober hingga 20 Disember 2018. Permohonan kemasukan ke SMT ambilan Januari 2019 boleh dibuat secara online di portal web KPM.

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2019 Online

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2019 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2019 termasuk memaparkan syarat umum kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan :

● Tarikh Permohonan : 15 Oktober hingga 20 Disember 2018

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2019


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari 2019 :

● Calon adalah Warganegara Malaysia
● Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
● Calon sihat tubuh badan
● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
● Calon bebas daripada masalah mental.

Cara Permohonan SMT 2019 Online


Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik ambilan Januari 2019 secara online di https://sptv.moe.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 20 Disember 2018.

Semakan Keputusan Permohonan SMT 2019 Online


Bagi anda yang telah membuat Permohonan SMT 2019, anda boleh membuat semakan keputusan SMT 2019 pada 18 Januari 2018 secara dalam talian di portal web KPM.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

INFO BERKAITAN :

● Senarai Kursus Sekolah Menengah Teknik (SMT)
● Permohonan Kolej Vokasional 2019

Selamat membuat Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2019 secara online. Semoga anda berjaya ditawarkan penempatan ke Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan