Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Isnin, 3 September 2018

Soalan Ramalan dan Tajuk Fokus Sejarah SPM 2018


Soalan Ramalan dan Tajuk Fokus Sejarah SPM 2018. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018? Apakah soalan ramalan Sejarah SPM 2018? Berikut adalah soalan ramalan atau tajuk fokus Sejarah SPM 2018. Seperti anda ketahui, peperiksaan matapelajaran Sejarah mempunyai 3 kertas yang perlu calon duduki yang merangkumi objektif, subjektif dan esei. 

Soalan Ramalan dan Tajuk Fokus Sejarah SPM 2018

Soalan Ramalan dan Tajuk Fokus Sejarah SPM 2018 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Tajuk Fokus Sejarah SPM 2018 yang merangkumi tema dan bab sebagai panduan buat semua calon SPM :

Fokus Sejarah SPM 2018 Tingkatan 4 


Bab 1 : Tamadun Awal Dunia

Fokus bab tentang Tamadun Hwang Ho (Pertanian), Tamadun Indus, Tamadun Mesir Purba (Sumbangan), sumbangan kemajuan Tamadun Indus kepada masa kini

Bab 3 : Kerajaan Maritim dan Agraria

Definisi Maritim dan Agraria, Cara kedatangan & Pengaruh agama Hindu Buddha, mengapa kerajaan Agraria dan maritim saling bergantung, faktor kejayaan kerajaan Srivijaya, kepentingan bahasa Sanskrit

Bab 5 : Pembukaan Semula Kota Mekah

Riwayat hidup/ Keperibadian Rasullulah, Cara penyebaran Islam di Makkah, kepentingan pembukaan semula Kota Mekah, perjanjian Hudaibiyah

Bab 7 : Islam di Asia Tenggara 

Nama contoh kerajaan Islam di Asia Tenggara, bagaimana Islam disebarkan melalui perdagangan, pengaruh kedatangan Islam dalam ekonomi dan sosiobudaya, keistimewaan Islam

Bab 9 : Zaman Gelap

Definisi dan ciri-ciri zaman Gelap, iktibar yang boleh diambil dari zaman Gelap


Fokus Sejarah SPM 2018 Tingkatan 5 


Bab 2 : Nasionalisme Peranan KMM

Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme yang dilakukan KMM, dasar British yang menyemarakkan semangat KMM

Bab 4 : Malayan Union

Definisi dan konsep Malayan Union, kenalpasti ahli MU, cara penentangan terhadap MU

Semoga perkongsian tentang tajuk ramalan Sejarah SPM 2018 ini dapat dijadikan rujukan buat semua calon SPM. Selamat menduduki peperiksaan dan moga memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan