Khamis, 6 September 2018

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 (Sekolah Kawalan)

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 (Sekolah Kawalan). Adakah anda murid-murid Tahun 6 tahun 2018? Panduan buat anda yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke SMKA Putrajaya (Sekolah Kawalan) dan Kelas Aliran Agama (Kelas Kawalan) WP Putrajaya tahun 2019 bagi Tingkatan Satu dijangka dibuka pada bulan September 2018. Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal web SMKA Putrajaya.

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 (Sekolah Kawalan)

Bagi permohonan secara manual khususnya pelajar Putrajaya boleh mengambil borang dari guru kelas sekolah masing-masing manakala pelajar luar Putrajaya pula boleh membuat permohonan secara online selepas keputusan UPSR 2018 diumumkan.

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 (Sekolah Kawalan)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Sekolah Kawalan Putrajaya 2018 yang turut memaparkan senarai sekolah, syarat permohonan dan aplikasi permohonan :

Senarai Sekolah Kawalan Putrajaya Tahun 2018


Berikut adalah senarai Sekolah Kawalan Putrajaya bagi tingkatan satu tahun 2019 :

1. SEKOLAH KAWALAN WP PUTRAJAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

● SMKA Putrajaya
No 11, Jalan P11C
Presint 11, 62300
Wilayah Persekutuan Putrajaya

2. SEKOLAH KAWALAN WP PUTRAJAYA

Kelas Aliran Agama (KAA)

Berikut adalah penempatan Sekolah Kawalan Kelas Aliran Agama seperti di ;
● SMK Putrajaya Presint 8(1)
● SMK Putrajaya Presint 9(2)
● SMK Putrajaya Presint 11(1)
● SMK Putrajaya Presint 16(1)
● SMK Putrajaya Presint 18(1)

Syarat Permohonan Sekolah Kawalan Putrajaya Tingkatan Satu 2019 


Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Kawalan Tingkatan 1 2019 SMKA Putrajaya :

✔ Pencapaian minimum UPSR 3A3B
✔ Cemerlang di dalam Ujian Program j-QAF dan UPKK/ UPSRA
✔ Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi dengan baik
✔ Lulus temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan bagi permohonan ke SMKA Putrajaya

Cara Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 


Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Putrajaya ambilan 2019 seperti berikut :

Pelajar Putrajaya

○ Bagi pelajar Putrajaya boleh dapatkan borang permohonan dari guru kelas sekolah masing-masing.
○ Isi dan hantar borang yang lengkap untuk guru membuat pengesahan di dalam data APDM.
○ Tempoh permohonan : akan dikemaskini

Pelajar Luar Putrajaya

○ Bagi pelajar luar Putrajaya boleh membuat permohonan secara online dengan mengisi borang di laman rasmi http://jpwpp.moe.gov.my/v2/ selepas keputusan UPSR 2018 diumumkan.

Selamat membuat Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 (Sekolah Kawalan) secara online atau manual. Semoga anda berjaya ditawarkan kemasukan ke SMKA Putrajaya ambilan 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan