Ahad, 9 September 2018

Permohonan SMA MAIWP 2019 SMISTA Online

Permohonan SMA MAIWP 2019 SMISTA Online. Bilakah tarikh permohonan SMISTA MAIWP tahun 2019? Panduan buat murid Tahun Enam (6) yang berminat membuat permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) bagi Tingkatan Satu ambilan 2019. Untuk makluman, permohonan SMISTA MAIWP ambilan 2019 dijangka akan dibuka secara online pada bulan November 2018. Tahun lalu, permohonan dibuka pada 22 November hingga 28 November 2017.

Permohonan SMA MAIWP 2019 SMISTA Online

Permohonan SMA MAIWP 2019 SMISTA Online


Berikut dikongsikan maklumat tentang permohonan SMA MAIWP dan SMISTA 2019 termasuk memaparkan syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan Dibuka : dijangka bulan November 2018
Aplikasi Permohonan : http://www.maiwp.gov.my

Syarat Kemasukan SMA MAIWP & SMISTA 2019


Antara syarat-syarat kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA adalah seperti berikut :


1. Warganegara Malaysia
2. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan.
3. Minat dan mahir dalam Pengajian al-Quran, tilawah dan hafazan.
4. Pencapaian minimum 5A 1B UPSR 2018 dan 5A/Mumtaz dalam UPSRA/PSRA serta yang setara dengannya.
5. Lulus ujian temuduga.


Cara Permohonan SMISTA MAIWP 2019 Online


1. Pemohon perlu layari di portal rasmi
MAIWP di https://aplikasi.maiwp.gov.my/ismam/index.php/Login

Semakan Keputusan SMA MAIWP dan SMISTA 2019 Online 


Bagi anda yang telah memohon kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA ambilan 2019 boleh membuat semakan keputusan yang dijangka bulan Disember 2018. 

Sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan SMA MAIWP, sila terus hubungi di talian 03 - 9171 1005.

Atau ;

SMISTA-MAIWP
D/A Masjid Saidina Othman
Ibn Affan, Jalan Budiman,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur


Selamat membuat Permohonan SMA MAIWP dan SMISTA 2019 secara online. Semoga anda berjaya berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan