Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Khamis, 6 September 2018

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2019 Tingkatan

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2019 Tingkatan 1. Adakah anda murid-murid tahun 6 tahun 2018? Berita baik buat anda khususnya pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2018. Menerusi portal rasmi Jabatan Pendidikan Perakpermohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Perak 2018 bagi Tingkatan Satu akan dibuka pada bulan September atau Oktober 2018. Permohonan boleh dibuat secara online di portal web JPN Perak.

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2019 Tingkatan 1

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2019 Tingkatan 1 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Negeri Perak sesi 2019 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :

○ Tarikh permohonan : Akan dikemaskini

○ Tahun 2017 : 20 September hingga 31 Oktober 2017

Senarai Sekolah Kawalan Negeri Perak


● Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
● Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD)
● Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
● SMKA Kerian TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)
● Kelas Aliran Agama (KAA)

Syarat Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2019 


Antara syarat-syarat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Negeri Perak seperti :

1. Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD)

i. Warganegara Malaysia
ii. Telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2017
iii. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) di negeri Perak di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia
iv. Memperolehi 6A dan minimum 4A 2B (untuk Rancangan Khas Negeri) dan minimum 3A 3B (untuk Rancangan Khas Daerah)

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), SMKA Kerian TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) dan  Kelas Aliran Agama (KAA)

i. Warganegara Malaysia
ii. UPSR – MINIMA 2A 4B
iii. Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 – 4A 2B
iv. Aktif dalam ko-kurikulum
v. Menduduki dan lulus Ujian Saringan Bertulis SMKA
vi. Menduduki dan lulus Ujian Temuduga di SMKA Kerian

Borang Permohonan Sekolah Kawalan Negeri Perak 2019 


Pemohon boleh memuat turun borang permohonan Sekolah Kawalan Perak dengan klik pautan di bawah :

● Borang Permohonan Rancangan Khas Negeri Tingkatan Satu 2019 ➡ akan dikemaskini

● Borang Permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ➡ akan dikemaskini

Nota : Untuk mendapatkan borang permohonan Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD) boleh didapati di Pejabat Daerah masing-masing. Rujuk Senarai Sekolah RKN dan RKD Negeri Perak.

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan Perak 2019 


Bagi anda yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Perak 2019 Tingkatan 1 boleh menyemak keputusan yang dijangka diumumkan pada bulan Disember 2018.

Selamat membuat permohonan Sekolah Kawalan Negeri Perak tahun 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Kawalan Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan