Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Isnin, 6 Ogos 2018

Semakan Permohonan PTPTN 2018 Online

Semakan Permohonan PTPTN 2018 Online. Adakah anda pemohon pinjaman pendidikan PTPTN tahun 2018? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan PTPTN. Untuk makluman, kini calon boleh membuat semakan permohonan pinjaman pendidikan PTPTN secara online di portal rasmi PTPTN untuk mengetahui sama ada lulus atau pun tidak. Pinjaman ini adalah suatu urusan yang penting bagi pelajar yang berminat atau sedang melanjutkan pengajian ke IPTA/ IPTS di Malaysia.

Semakan Permohonan PTPTN 2018 Online

Selain itu, pemohon juga berpeluang untuk menerima wang pendahuluan yang dikenali sebagai WPP dengan nilai sebanyak RM1,500 bagi pelajar yang memerlukan untuk pembayaran yuran pengajian dan kos sara hidup. Dengan adanya WPP, ia dapat membantu bagi golongan yang susah yang sangat memerlukan dana pengajian awal. Namun, pemberian WPP ini akan dikenakan potongan RM500 setiap semester untuk tiga semester berturut-turut.

Semakan Permohonan PTPTN 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan permohonan PTPTN 2018 termasuk aplikasi semakan online :

Semakan Permohonan PTPTN Online

Anda boleh layari ke portal http://www.ptptn.gov.my/ untuk membuat pelbagai semakan pinjaman PTPTN secara online dengan mudah. Berikut adalah semakan seperti :

1. Semakan Status Permohonan PTPTN


● Pemohon perlu layari ke laman web PTPTN menerusi http://www.ptptn.gov.my/msk/.
● Masukkan nama kursus atau nama IPT anda untuk membuat carian.
● Dipaparkan status permohonan PTPTN anda.

2. Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)


Selain semak status permohonan PTPTN, pemohon juga boleh membuat semakan tawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) secara online seperti berikut ;

● Aplikasi Semakan : http://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/
● Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang 'hantar' untuk semakan.

Selamat membuat semakan status Permohonan PTPTN 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan