Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Khamis, 2 Ogos 2018

Apa Itu Sijil UEC dan Keburukannya?

Apa Itu Sijil UEC dan Keburukannya?. Apa itu Sijil UEC? Unified Examination Certificate atau singkatannya Sijil UEC adalah Sijil Peperiksaan Bersama atau Sijil Lepasan Sekolah Menengah Cina Persendirian yang diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975. Ia merupakan salah satu manifesto daripada Kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan akan mengesahkan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun mendapat kecaman dan bantahan.

Apa Itu Sijil UEC dan Keburukannya?

Sekiranya Sijil UEC diluluskan, ia akan dijadikan salah satu syarat am kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan syarat pemohon memperolehi keputusan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apa Itu Sijil UEC dan Keburukannya? 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sijil Peperiksaan Bersama atau Unified Examination Certificate buat panduan anda.

Apa itu Sijil UEC? 


1. Diwujudkan pada tahun 1975 oleh Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina.
2. Diguna pakai di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) yang dibenarkan beroperasi mengikut cara sendirinya.
3. Dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah (UEC-JML), Vokasional (IEC-V!) dan Menengah Tinggi (UEC-SML) yang menggunakan Bahasa Mandarin.
4. Menggunakan pakai dasar dan kokurikulum sendiri dikatakan dari Taiwan, tidak mengikut Dasar Pendidikan Negara.

Apa Itu Sijil UEC dan Keburukannya?

Kesan Sijil UEC Diiktiraf Dalam Pendidikan Negara


1. Ia sa­ngat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan.
2. Pengiktirafan UEC akan mewujudkan contoh terdahulu seperti peperiksaan lain G.C.E A Level yang telah me­nerima desakan serupa.
3. Sekiranya, kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ia boleh di ibarat seperti ‘menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan’.

Semoga perkongsian tentang Apa Itu Sijil UEC dan Keburukan UEC dapat dijadikan panduan buat anda semua.

Sumber - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan