Jumaat, 27 Julai 2018

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Apakah nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4? Berikut adalah skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nota dan skema jawapan Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka Tingkatan 5 Bab 5 :

1. Pengenalan sistem ahli

F1 Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain
F2 Untuk menerajui pentadbiran negara
F3 Idea penubuhannya dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur
F4 Sir Henry Gurney mencadangkan supaya model negara Kenya Rhodesia Utara dilaksanakan di Tanah Melayu
F5 Cadangan ini adalah selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi
F6 Pihak British berpendapat Sistem Ahli akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya
F7 Dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja
F8 Satu rundingan telah diadakan King’s House, Kuala Lumpur.
F9 Sir Henry telah menjemput Dato’ Onn Jaafar (Yang dipertua UMNO), Dato’ Hamzah Abdullah, Raja Uda dan Dato Ni Ahmad Kamil yang mewakili UMNO dan juga orang Melayu
F10 Dato’ E.E. C Thuraisingam mewakili kaum India serta Encik Yong Shook Lin dan Dr. Lee Tiang Keng yang mewakili
masyarakat Cina

2. Ciri-ciri Sistem Ahli dan Pakatan Murni

i) Ciri-ciri dan pelaksanaan Sistem Ahli

F1 Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955
F2 Sebelum Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
dijalankan pada bulan Julai 1955
F3 Satu sistem Kabinet bayangan
F4 Yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk
F5 Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai ahli
F6 Contohnya, Ahli Hal Ehwal dalam Negeri
F7 Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan Persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
F8 Sistem Ahli terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 orang Penduduk Tanah Melayu (3 orang Melayu, seorang Cina dan
seorang India dan 4 orang pegawai Inggeris.
F9 Ahli-ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
F10 Dalam sistem ahli, ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio
F11 Mempunyai beberapa buah jabatan kerajaan
F12 Ahli-ahli akan menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada
F13 Ahli juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya.
F14 untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
F15 Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British
F16 Untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyediakan cadangan undang-undang itu.
F17 Pesuruhjaya Tinggi juga akan memeriksa arahan dan persetujuan
tentang undang-undang yang telah dicadangkan
F18 Pada kebiasaannya, cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.
F19 Melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
F20 Memulakan proses perpaduan kaum di PTM
F21 Gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum
F22 Asas penting untuk menentukan kemerdekaan
F23 Memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk untuk mentadbir dan menerajui kerajaan

ii) Usaha-usaha ke arah pembentukan Pakatan Murni

F1 Langkah pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang.
F2 Pada peringkat permulaan, CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina
F3 Orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO diketuai Dato’ Onn Jaafar, orang Cina dinaungi oleh Persatuan Cina Malaya atau Malayan Chinese Association ( MCA) diterajui oleh Tan Cheng Lock
F4 Pada bulan Ogos 1949, CLC dianggotai oleh 6 orang pemimpin Melayu, 6 orang pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah.
F5 Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu
F6 Perkara ini merupakan perubahan terhadap dasar UMNO kerana kesanggupannya berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara
F7 Hal ini merupakan satu pendekatan baru dalam arena politik Persekutuan Tanah Melayu
F8 Menurut Dato’ Onn Jaafar, perpaduan antara kaum patut menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai
F9 Hasil daripada perundingan UMNO-CLC, beberapa perkara telah dipersetujui antaranya Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri.
F10 Kerakyatan negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu
F11 Pilihan Raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
F12 Langkah kedua ialah pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada 1951.
F13 Beliau telah dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
F14 Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP)
F15 Dasar IMP mengikut Dato’ Onn Jaafar akan menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti.
F16 IMP terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
F17 Dato Onn Jaafar menyedari perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu.
F18 Kerakyatan negeri 1951 tidak lagi menjadikan orang Melayu sebagai rakyat tunggal Tanah Melayu sebaliknya orang bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu

3. Sumbangan Suruhanjaya Reid ke arah Pembentukan Persekutuan yang 
berdaulat

F1 Membincang dan menyusun perlembagaan PTM yang merdeka.
F2 Dianggotai oleh Lord Reid (Pengerusi), Sir Ivor Jennings (England), Sir William McKell (Australia), Tuan B. Malik (India),
dan Tuan Abdul Hamid ( Pakistan).
F3 Pembentukan Kerajaan Pusat yang kuat.
F4 Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
F5 Mengambil kira isu kedudukan Raja-raja Melayu
F6 Mengambil kira hak istimewa orang Melayu
F7 Pewujudan satu bangsa PTM
F8 Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak mengenai Raja-raja Melayu, orang Perseorangan dan pertubuhan Politik
F9 Cadangan Parti Perikatan diutamakan
F10 Cadangan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada bulan Februari 1957
F11 Parlimen British menerima cadangan tersebut pada bulan Mei 1957
F12 Majlis Mesyuarat Perundangan PTM telah mengesahkannya pada 17 Ogos 1957
F13 Perlembagaan Kemerdekaan lahir pada 1957.
F14 Membincangkan isu hangat berkaitan kerakyatan Jus Soli
F15 Kerakyatan ini menjadi tuntutan orang dagang tetapi tidak dapat diterima oleh orang Melayu
F16 Prinsip kerakyatan Jus Soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum boleh melemahkan kedudukan orang Melayu.
F17 Selepas berunding, Raja-raja Melayu telah menerima kerakyatan Jus Soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf
kedudukan Istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan PTM.
F18 Antara lain yang dipersetujui ialan agama Islam sebagai agama rasmi PTM.
F19 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F20 Dengan tolak ansur ini, maka satu pakatan murni antara kaum telah terbina di PTM yang merdeka.

Semoga perkongsian tentang Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka ini dapat membantu pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018. Selamat maju jaya dan moga memperolehi keputusan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan