Peperiksaan

Portal Peperiksaan.net adalah sebuah laman web tentang pendidikan yang merangkumi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah, Sarjana & PHD.

Jumaat, 27 Julai 2018

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Apakah nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4? Berikut adalah skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nota dan skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 :

1. Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembinaan negara dan bangsa melayu tradisional.

F1 Muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja.
F2 Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa.
F3 Rakyat menerima dan mengakui kekuasaan raja
F4 Raja memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat
F5 Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah
F6 Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah
F7 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan
F8 Penjajahan barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri
F9 British campur tangan di Tanah Melayu, British merujuk setiap
kerajaan melayu sebagai negeri
F10 British menetapkan sempadan setiap kerajaan
F11 Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri
F12 Gagasan Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden
F13 Pada tahun 1948, sebuah pentadbiran pusat yang menggabungkan semua negeri melayu di bawah Persekutuan Tanah Melayu
F14 Pemberian kemerdekaan oleh British pada tahun 1957 menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka
F15 Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat
F16 Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dengan ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara
F17 Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini
F18 Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang
mempunyai bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza
F19 Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebagsaan
F20 Pengenalan Rukun Negara dalam setiap aspek kehidupan

2. Pembinaan Negara dan Bangsa

Bincangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa berikut :

a) Itali
F1 Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah
F2 Dibahagian utaranya, beberapa wilayah
F3 Seperti Venetia dan Lombardy dikuasai oleh Austria
F4 Orang Itali ingin menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan
F5 Dengan menghalau keluar orang Austria dari bumi Itali
F6 Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali sebagai sebuah negara
F7 Dengan menggunakan amalan real politik,
F8 Count Camillo Benso di Cavour menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki
F9 Beliau telah bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860
F10 Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya mengalahkan Austria
F11 Melalui satu pungutan suara yang diadakan Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali
F12 Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali
F13 Sebagai membalas jasa Itali, dalam membantu Prussia menewaskan Austria
F14 Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom
F15 Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang tersebut untuk menyatukan Rom dan Itali
F16 Penyatuan ini berjaya membentuk sebuah negara bangsa Itali

b) Jerman
F17 Di Jerman, Otto Eduard Von Bismarck turut mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman pada tahun 1871
F18 Bismarck menggunakan pelbagai teknik
F19 Seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan
ugutan untuk mencetuskan peperangan
F20 Matlamat Bismarck menyatukan Jerman
F21 Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman
F22 Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi
F23 Membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur
F24 Bismarck telah melancarkan tiga siri peperangan untuk menentang musuhnya
F25 iaitu Denmark (1864), Austria (1866) dan Perancis (1870)

c) Kerajaan Islam di Madinah

F26 Pembentukan kerajaan islam di Madinah merupakan satu contoh
penyatuan melalui prinsip islam
F27 Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu menyusun perlembagaan Madinah sebelum mengasakan kerajaan islam di Madinah
F28 Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang berbilang kaum
F29 iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab
F30 Nabi Muhammad s.a.w berjaya membentuk kerajaan islam di Madinah
F31 Melalui cara diplomasi, musyawwarah dan permuafakatan
F32 Pembentukan kerajaan islam Madinah membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil daripada amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin
dengan rakyat

Semoga perkongsian tentang Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa ini dapat membantu pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018. Selamat maju jaya dan moga memperolehi keputusan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan