Selasa, 17 Julai 2018

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online. Adakah anda peminjam pinjaman PTPTN? Anda berhasrat untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN? Untuk makluman melalui portal rasmi PTPTN, semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang dikehendaki mengemaskini maklumat pendapatan mereka bermula daripada 16 Julai sehingga 25 Julai 2018. Pengemaskinian maklumat pendapatan PTPTN boleh dibuat secara online melalui portal web PTPTN. Walau bagaimanapun, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mereka berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online 


Untuk dapatkan makluman lebih jelas anda boleh kunjung ke laman web PTPTN. Berikut adalah cara pengemaskinian pendapatan PTPTN :

1. Layari ke portal rasmi di http://www.ptptn.gov.my.

2. Klik di ruangan 'Kemaskini Maklumat Pendapatan' atau terus ke https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/.

3. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman Peminjam.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

4. Selain kemaskini maklumat pendapatan, peminjam juga perlu mengemaskini maklumat yang lain seperti alamat, nombor telefon, alamat email dan maklumat pekerjaan.

5. Sebelum mengesahkan maklumat, peminjam boleh menyemak semula maklumat yang telah dikunci masuk. Jika maklumat adalah betul, peminjam perlu klik pada checkbox untuk membuat
pengesahan.

6. Dan klik pada butang Hantar.

Nota : Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan.

Notis Pengemaskinian Maklumat Pendapatan PTPTN 


Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online


Untuk sebarang maklumat lanjut, peminjam boleh melayari portal rasmi untuk tujuan kemas kini maklumat atau hubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000.

INFO BERKAITAN :

● Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online

Semoga perkongsian tentang Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN ini dapat dijadikan panduan buat peminjam. Selamat membuat pengemaskinian dan bayaran balik pinjaman PTPTN sebagai tanggungjawab sebagai peminjam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan